Mutiara Kata

By Admin Mediaummat | 06 September 2023 09:41:41 | 146 | 0
wisalah
wisalah

Mutiara Kata

-Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

 

-Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman

seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

 

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

 

- Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang  mampu memenggal leher seorang lelaki.

-Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.

Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

 

-Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

 

-Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.

-Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta

 

TAG